"Ingatkan Bau Ma yat,.." - Rumah Diserbu Polis Selepas Bakar Belacan Di Perancis

Apabila menetap di luar negara, nafsu makan sudah tentu membuak-buak dan mengidam terhadap masakan Melayu terutamanya makanan tradisional.

Mahu atau tidak, terpaksa gigihkan diri untuk memasak dengan bahan diimport dari Malaysia kerana sukar untuk mencari restoran yang kena dengan ‘anak tekak’ masing-masing.

Baru-baru ini seorang pemuda, Zulfo Mahadi menceritakan kembali kenangan dimana kawan isterinya yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis di laman sosial Twitter.



“Pengalaman kawan wife aku yang tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan,” katanya.



Namun apartment kawan isterinya diserbu pihak polis selepas menerima aduan daripada jiran gara-gara membakar belacan untuk membuat sambal.

Lebih melucukan apabila aduan berkenaan dilakukan kerana didakwa terhidu bau mayat dari dalam rumah kawan isterinya itu.



“Polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat,” ujarnya.

Posting tersebut mengundang perhatian netizen sehingga menjadi tular di Twitter yang rata-rata terhibur dengan insiden berkenaan apabila bau belacan disamakan dengan busuk mayat.

Sedihnya Disamakan Macam Tu!



Tu Belum Bau Durian Lagi!



Guna Abu Mayat Buat Belacan?



Hidup Belacan!



Mayat Dorang Diperbuat Daripada Belacan Kot?



Kehebatan Belacan!



SUMBER : Zulfo Mahadi

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express