“Dari Nak Cari Acap Sorang Nanti Kena Cari Ramai Pula” – Ini Penjelasan Dari JBPM Perak

Misi pencarian Ashraf telah melibatkan puluhan malah ratusan penyelamat termasuk orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu sepanjang lebih 12 hari ini.

Walau bagaimanapun, pintu masuk utama ke kawasan pendakian tersebut baru-baru ini ditutup disebabkan oleh jumlah kunjungan yang terlalu ramai sehingga berlaku perkara yang tak diingini.

Facebook Bomba Perak dalam satu kenyataannya hari ini turut menerangkan penularan kempen ‘Jom Mencari Asyraf Secara Besar-Besaran’ yang dipercayai akan menyukarkan lagi proses pencarian.

Info Bomba Perak

Berkenaan satu penularan info dari public :

*Jom Mencari Asyraf Secara Besar-Besaran*

Adalah dimaklumkan JBPM Negerpi Perak tidak terlibat bagi hal berkenaan. JBPM Negeri Perak menasihatkan agar orang awam dapat memberikan kerjasama kepada operasi mencari oleh pihak berkuasa yg terlibat kerana *VIRAL* tersebut boleh akan menyebabkan :





1) Kehadiran orang awam yang ramai boleh menyebabkan keharmonian di sekitar kampung akan terjejas.

2) Mengganggu FOKUS pencarian oleh agensi penyelamat.

3) Aspek keselamatan kerana terdapat punca penyebab di dalam kawasan berkenaan seperti contoh gambar yang dijumpai oleh pihak bomba.

Adalah dinasihatkan agar sebarang pergerakan masuk perlu merujuk kepada pihak Polis/Bomba/Agensi keselamtan di Post Kawalan pencarian utk mengelak sebarang kejadian tidak di ingini berlaku.

Sehingga Saat Ini, Sudah 19 Kaedah Dan Kawasan Digunakan Tapi Acap Masih Belum Ditemui.

Semenjak kehilangan Acap pada 23 Mac lalu, ratusan sukarelawan serta pasukan penyelamat telah turun padang dalam usaha membantu mencari keberadaannya.

Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, ramai juga diantara netizen yang memberi cadangan mahupun dapat melihat visual secara maya keberadaan Ashraf di kawasan gunung tersebut.

Melalui Group Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM), seorang individu yang turut terlibat dalam pencarian Ashraf menyenaraikan 19 cara yang telah digunakan sepanjang operasi.



Kaedah/kawasan Pencarian Yang Telah Dibuat Sepanjang Operasi :

1. Pencarian melalui trek asal 25km.
2. Pencarian dipuncak Batu Putih.
3. Pencarian di Bukit Ratteh.
4. Pencarian di semua kawasan isyarat pancaran telco.
5. Pencarian di air hingga ke tronoh mines.

1. Pencarian mengguna alat pengesan khas oleh 2Briged.
2. Pencarian mengguna tali turun tebing oleh bomba.
3. Pencarian guna anjing pengesan.
4. Pencarian guna imam/ustaz.
5. Pencarian oleh ibu mangsa bersama ustaz.

1. Pencarian guna pawang/bomoh.
2. Pencarian atas firasat rakan2 online.
3. Pencarian guna drone.
4. Pencarian guna heat detector.
5. Pencarian secara rondaan motorsikal.

1. Pencarian oleh unit senoi praaq (unit khas polis asli).
2. Pencarian oleh orang kampung.
3. Risik balas oleh pihak berkuasa pada semua maklumat pribadi yang berkenaan.
4. Pencarian oleh geng hikers.

Itu semua kaedah yang diguna pakai. Sehingga saat ini, masih lagi tiada apa2 petanda.

SUMBER : Media Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express