“Dengar Lagu Inang Sepanjang Pencarian” – 30 Ustaz Bantu Cari Acap, Pasukan Pencari Pula ‘Diganggu’

Dimanakah Ashraf sekarang? Itulah persoalan yang kini bermain di minda, kerana sehingga hari ini mangsa yang hilang ketika menyertai acara larian di Gua Tempurung itu, masih gagal ditemukan walaupun sudah pelbagai cara dilakukan.

Pasukan sukarelawan masih tidak lagi mahu berputus asa mencari mangsa, walaupun hakikatnya pelbagai rintangan dan risiko terpaksa dihadapi mereka.

30 Ustaz Bantu Cari Ashraf

Bukan sahaja cara dengan mencari dan meredah hutan, seramai 30 orang ustaz telah datang secara sukarela untuk membantu mengesan lokasi Ashraf dengan menggunakan bacaan ayat Al-Quran.



Hampir Jumpa Acap Masuk Dimensi Ghaib

Malah menurut perkongsian salah seorang sukarelawan melalui laman Facebooknya, pasukannya hampir sekali mendapat petanda mengenai lokasi Ashraf apabila mereka perasan ada yang aneh mengenai sebatang pokok yang amat besar yang tiba-tiba tumbang.

Namun, ketika menuju ke arah pokok itu mereka seakan dihalang dengan sesuatu yang ganjil, apabila melihat bagaikan ada kelibat orang berlari dan dikatakan hampir masuk ke dimensi ghaib.



Lagu Berentak Inang Didatangi Lelaki Tua

Berlainan pula dengan pengalaman seorang lagi sukarelawan, Amiruddin Daud 58 tahun, dia menceritakan berlaku beberapa kejadian aneh antaranya salah seorang daripada pasukannya didatangi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.

Tidak cukup dengan itu, beberapa terdengar lagu berentak inang ketika pencarian di hutan dilakukan, malah mereka kepala dan bahu mereka bagaikan disentuh oleh seseorang.



Mungkin kedengaran agak mengarut pada sesetengah orang, namun tidak mustahil perkara seperti memang benar-benar dialami oleh mereka.

Ini kerana,  masih ada lagi makhluk selain manusia dan haiwan yang hidup di muka bumi ini yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan menggunakan mata kasar.

SUMBER : Oh Mymedia

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express