“Disini, Disini…” – Panggilan Nama Disahut Lemah, Sukarelawan Terakam Suara Misteri Dalam Operasi Mencari Acap

Setelah dua minggu kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, di Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak, operasi mencari daripada pihak berkuasa dan juga para sukarelawan masih lagi giat dijalankan. Ahli, keluarga, rakan-rakan, para pengamal perubatan dan beberapa lagi individu telah sama-sama mencari Acap , namun hasilnya masih lagi belum diperoleh.

Semalam, Solat Sunat Hajat juga telah dilakukan selepas Solat Jumaat di beberapa buah masjid bagi meminta petunjuk agar dipermudahkan urusan menemui Acap dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga.

Suara Siapa Tu?

Pelbagai spekulasi dan andaian telah didedahkan kepada umum melalui media-media sosial megenai kehilangan Acap. Ada juga mengaitkan kehilangannya dengan unsur mistik seperti alam bunian.

Namun begitu, seorang individu yang menggunakan akaun Facebook Ambush Solo telah berkongsi satu video yang dirakam semasa mencari Acap secara berseorangan. Video tersebut mendapat perhatian netizen kerana didalam video itu kedengaran suara seseorang, sedangkan Ambush Solo hanya berseorangan.



“Mohammad Ashraf'”, “disini, disini.”

Dia yang melakukan pencarian seorang diri telah membuat live di Facebook sepanjang perjalanannya. Namun, pada hari tersebut, ketika dia sedang mencari dan memanggil nama Mohammad Ashraf secara berulang-ulang, kedengaran didalam video sahutan “disini, disini.”

https://youtu.be/-e7idfPcuLo

Memang Dengar Suara Lain

Rata-rata pelayar laman sosial seakan terkejut mendengar suara yang ada dalam rakaman itu. Walau bagaimanapun, kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana tiada bukti mengatakan itu adalah suara Mohammad Ashraf.



Rangkuman Operasi Mencari Acap

Pemegang akaun Facebook Ambush Solo ini melakukan misi pencariannya dengan melakukan kemaskini di Facebook bagi tatapan netizen yang mahu maklumat semasa operasi mencari Acap. Tindakannya yang membantu dalam misi ini sangat dihargai oleh rakyat Malaysia.





Terima Kasih Bro!





SUMBER : Ambush Solo

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express