Dr Amalina Bantu Ainul Menjalani Pemb3dahan Di AS

“PETANG semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap k4nser Germ Cell Tumor.

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.



Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

“Dalam perbualan kami, Dr Amalina minta laporan perubatan anak saya kerana akan membawa isu itu kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing.



Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya.



Selain itu, katanya, seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).

“Doktor itu beritahu saya untuk isi borang selengkapnya bagi dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, AS. Dia akan bantu kirimkan borang itu kepada universiti terbabit,” katanya.



Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyak1t dialami Ainul Mardhiah.

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan k3s yang dianggap kompleks itu.

SUMBER : Harian Metro

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express