Gara-Gara Laluan Terhalang, Wanita Ini Nekad ‘Jahanamkan’ Kereta Pemandu ‘Selfish’

Masalah parkir kerap kali menjadi perbalahan dalam kalangan masyarakat  di negara kita. Walaupun bukan Malaysia sahaja yang menghadapi masalah tersebut, namun perkara itu biasa menjadi perbalahan antara satu sama lain.

Double Park Memang Menyusahkan!

Semalam, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu thread beserta video yang memaparkan kesusahan seorang wanita apabila kereta yang diletakkan di kotak parkir telah dihalang oleh kereta lain. Hal tersebut menyebabkan kesukaran kepadanya untuk mengeluarkan kereta dari kotak parkir.





Pemandu Ada Kecemasan

Menurut muat naik daripada pengguna Twitter yang dikenali sebagai Chris Chew, pemandu wanita itu berang apabila tidak dapat mengalihkan kenderaan kerana ada kereta lain menghalang laluannya. Dia telah mengambil tindakan dengan meninggalkan nota dan merosakkan cermin sisi kenderaan tersebut.

Menerusi muat naik itu, ramai netizen telah meninggalkan komen dengan menyokong tindakan yang diambil oleh pemandu wanita yang memandu kereta Perodua Myvi.



Cara Nak Ajar Orang Double Park



Jangan Buat Main Dengan Myvi



SUMBER : Chris Chew

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express