George Clooney Minta Orang Ramai Boikot Hotel Sultan Brunei. Ini Penjelasan Dari George Clooney

SELEBRITI terkenal Hollywood, George Clooney menggesa agar rangkaian Dorchester Collection’s termasuk Hotel The Beverly Hills dan Hotel Bel-Air di California diboi kot, selepas mendakwa pemiliknya, Sultan Brunei mendiskriminasi komuniti L  G  B  T.

Dalam ulasannya di laman berita Deadline pada Khamis, Clooney berkata, tindakan memboi kot itu susulan laporan yang menyebut Brunei akan melaksanakan hu kuman re jam sampai mati terhadap pesalah zi na dan s3k$ sejenis.



“Pada 3 April ini, Brunei akan mula merejam sampai mati mana-mana rakyat yang terbukti menjadi g4y. Ini berita yang menunjukkan dunia autorita rianisme, hanya negara itu sendiri,” kata Clooney.

Dalam ruangannya, pelakon itu lantang menyuarakan pendapatnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang juga ketua agensi pelaburan negara itu.

“Sultan Brunei adalah seorang lelaki terkaya dunia. Dia memiliki Agensi Pelaburan Brunei dan mereka pula mempunyai beberapa hotel cantik.”

“Mereka memiliki sembilan hotel paling eksklusif di dunia. Saya telah tinggal di tempat mereka sebelum ini tanpa mengetahui siapa pemiliknya,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.

Menurut Clooney, beberapa tahun lalu, dua buah hotel di Los Angeles, The Bel-Air dan The Beverly Hills Hotel telah dibo ikot komuniti g4y.

“Hotel mereka bagus. Orang-orang yang bekerja di sana baik dan tidak kena mengena dalam pemilikan hotel ini.”

“Tetapi biar semuanya jelas, setiap kali kita menginap di sini, kita seperti memilih untuk meletakkan wang secara langsung ke poket individu yang memilih untuk melaksanakan hukuman rej4m sampai m4ti terhadap pesalah zina dan s3k$ sejenis di negaranya,” jelasya.

Sebagai reaksi balas kepada Clooney, pengarah komunikasi Beverly Hills Hotel, Brittany Williams berkongsi kenyataan dengan USA TODAY bagi pihak Dorchester Collection.

“Dorchester Collection (menekankan) kesaksamaan, rasa hormat dan integriti dalam semua bidang operasi kami serta menghargai kepelbagaian budaya di kalangan tetamu dan pekerja kami.

“Inklusi dan kepelbagaian tetap menjadi kepercayaan kerana kita tidak bertolak ansur dengan apa-apa bentuk diskriminasi,” katanya.

SUMBER : KL Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express