"2 Gorila Tiru Gaya Penjaga Ketika Berswafoto.." - Mburanumwe

REPUBLIK CONGO. Dua ekor gorila dirakam meniru gaya santai penjaganya ketika berswafoto.

Gambar tersebut diambil di Taman Negara Virunga terletak di Republik Congo di mana haiwan terbabit tinggal.

Timbalan Pengarah Taman Negara Virunga, Innocent Mburanumwe berkata, kedua-dua gorila tersebut belajar meniru gaya penjaga mereka termasuk berdiri mengggunakan dua kaki seperti manusia.

Mburanumwe menambah, ibu kepada kedua-dua gorila tersebut mati ditembak pemburu haram pada tahun 2007.

Kedua-dua gorila yang ketika itu masing-masing berusia dua dan empat bulan ditemukan pihak renjer lalu dibawa ke pusat perlindungan di Senkwekwe di mana ia menetap sehingga kini.

"Ia sesuatu yang menarik dan lucu, bayangkan gorila itu mampu meniru gaya manusia malah pandai berswafoto," kata Mburanumwe.

SUMBER : Sinar Harian

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express