Difahamkan, IG gosip tersebut telah membuat permohonan maaf kepada pelakon tersebut menerusi IG story, berkenaan tuduhan yang mengatakan Fizz Fairuz terlibat dalam skandal khalwat di Terengganu.
Walau bagaimanapun, pelakon tersebut enggan menerima permohonan maaf itu dan mahu pemilik akaun itu datang sendiri berjumpanya.
70 Peratus Identiti Makcik Puaka Dikenal Pasti
Pelakon itu mendedahkan, kini identiti sebenar pemilik akaun [at]makcikpuaka sudah 70 peratus berjaya dikenal pasti dengan bantuan beberapa pihak tertentu.
Orang Industri Juga Sebenarnya
Ketika ditemubual, Fizz Fairuz masih belum mahu mendedahkan individu terbabit atas nasihat peguam, namun memberi petunjuk bahawa pemilik IG tersebut adalah di dalam kalangan orang industri hiburan juga.

Jumpa Sebelum Tengah Malam Ini, Mohon Maaf

Pelakon tersebut memberi tempoh sebelum tengah malam ini bagi individu terbabit membuat permohonan maaf, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik akaun tersebut.

Tidak mahu mengaibkan sesiapa, semoga perkara ini menjadi iktibar supaya tidak sewenang-wenangnya berita palsu disebarkan tanpa usul periksa.
SUMBER : Astro Gempak
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express