“Jangan Berani Kacau Kubur Anak Saya!” – Tiada Bukti Pengislaman, Namun Ibu Jadi Saksi Anak Peluk Islam

Baru-baru ini, kes kematian seorang wanita, K. Surinder Kaur Bedi, 37, telah mendapat perhatian ramai apabila dia telah ditemui meninggal dunia setelah dihentak menggunakan topi keledar oleh teman lelakinya di Pulau Pinang.

Jenazah Surinder telah ditanam mengikut kaedah Islam, atas permintaan ahli keluarganya yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah sejak dahulu lagi.

Surinder Telah Mengucap Dua Kalimah Syahadah



Menurut ibunya, Nazirah Bibi, 69, Surinder telahpun mengakui Islam sebagai agamanya pada tahun lepas. Namun ketiadaan bukti dokumentasi ke atas pengislaman Surinder telah menimbulkan beberapa persoalan daripada pertubuhan Sikh.



Nazirah Bibi telah memberikan amaran supaya jenazah anaknya di tanah perkuburan Islam tidak diganggu oleh mana-mana pertubuhan.

“Walau apa-apa yang berlaku, saya takkan benarkan mana-mana pihak campur tangan dan cuba untuk mengacau jenazah anak saya.”

Surinder Minta Ditanam Bersebelahan Arwah Ayah





Abang Surinder, Imran Khan telah membuat satu laporan polis pada Isnin lepas dan menjadi saksi bahawa adiknya telah mengucap dua kali di hadapannya dengan disaksikan ibunya.



Nazirah juga menyatakan bahawa anaknya pernah berpesan supaya menanam jenazahnya bersebelahan dengan arwah ayah dan abangnya di tanah perkuburan Islam.

“Dia yang menjaga saya dan membelikan ubat untuk saya, dan dia sangat rapat dengan arwah ayahnya.”

Teman Lelaki Telah Ditahan Dan Didakwa



Surinder maut apabila terlibat dalam satu pergaduhan bersama teman lelakinya yang berusia 55 tahun. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Che Zaimani Che Awan menyatakan bahawa, teman lelaki Surinder berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan dia telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata secara sengaja dan juga Seksyen 302 iaitu pembunuhan."

SUMBER : Oh Mymedia

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express