"Penduduk Jumpa Tula ng Panjang, Serpihan Tula ng Di Dalam Gua Kandu.." - Ketika Melakukan Misi Mencari Acap

Penduduk kampung yang melakukan pencarian Mohamad Ashraf Hassan, 29, menemui serpihan tu lang dipercayai tula ng lama di dalam Gua Kandu, Gopeng, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihak forensik sudah mengambil serpihan tu lang itu dan dibawa untuk ujian patologi kimia bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya.

“Memang betul penduduk ada menemui satu tul ang panjang seakan tul ang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang enam ke lapan inci (15 sentimeter ke 20 sentimeter) di dalam Gua Kandu, kesemua tulang itu sudah diambil untuk dianalisis.

“Hanya tul ang itu sahaja ditemui dan kita tidak menemui tengk orak atau rangka lain di lokasi itu, setakat ini kita belum boleh mengesahkan apa-apa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Razarudin berkata, selepas dian alisis dan jika disahkan ia adalah tul ang manusia, ujian asid deoksiribo nukleik (DNA) akan dijalankan untuk memadankannya dengan DNA Mohammad Ashraf dan ahli keluarganya.

Menurutnya, setakat ini tula ng yang ditemui itu dipercayai adalah tula ng lama dan carian dijalankan pihak forensik tidak menemui sebarang tul ang lain di lokasi berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan atau lebih mesra dipanggil Acap itu ditangguhkan sementara Rabu lalu pada bagi memberikan peluang kepada penduduk meneruskan usaha itu.

Acap dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu selepas tidak sampai ke garisan penamat ketika menyertai larian itu sebelum rakannya membuat laporan polis mengenai kehilangan Juruteknologi Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar itu.

SAR kemudiannya dijalankan pada 24 Mac lalu namun gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kehilangannya itu sebelum Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangguhkannya sementara Rabu lalu.

SUMBER : Metro Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express