"Penuh Kasih Sayang Keluarga..", - Video Kahwin Fasha & Aidil Buat Ramai Meleleh Air Mata!

Meskipun majlis perkahwinan pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz berlangsung dengan jayanya, namun kemeriahan hari bahagia mereka masih menjadi bualan netizen hingga ke hari ini.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah majlis berkonsepkan kampung di sebelah pihak lelaki yang diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, pasangan sama cantik sama padan ini juga bersinsing lengan untuk membasuh periuk serta kuali yang digunakan dalam majlis tersebut.













Terbaru, Fasha Sandha memuat naik video penuh perkahwinan mereka di laman sosial Instagram miliknya yang sangat meriah dan menyentuh jiwa orang ramai.

Terima Kasih Buat Semua Yang Terlibat

https://youtu.be/rxYnUFWb2kY

Ternyata suasana meriah dan kegembiraan tetamu menerusi video berdurasi 4 minit itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Hati Saya Terdetik Rasa Betapa Bahagianya Tengok Awak Berdua



Kenapa Tengok Video Ni Tiber Airmata Ni Jatuh



Rasa Sedih Terharu Tengok Momen Mak Aidil Kiss Fasha



Suka Dengan Kesederhanaan Fasha



Terharu Bila Fasha Disayangi Mertua & Ramai Rakan Artis Datang Bagi Sokongan



Terserlah Wajah Kegembiraan Dua Pasangan Sejoli Ini







Semoga perkahwinan Fasha dan Aidil ini kekal sehingga ke akhir hayat dan cepat menimang cahaya mata yang comel-comel belaka!

SUMBER : Fasha Sandha

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express