Keith Foo Buang Semua Tatu Di Tubuh Badan - “Perjalanan Saya Telah Bermula..”

Bulan lalu, pelakon Keith Foo menafikan dakwaan bahawa sudah berpisah dengan isterinya, Kim Raymond sebaliknya memberitahu hubungan mereka masih bahagia.

Terbaru, Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin mengambil keputusan untuk membuang tatu yang terdapat di beberapa bahagian tubuh badannya.





Perkara itu diberitahu menerusi laman Insta Story miliknya ketika melakukan rawatan laser untuk membuang lukisan tersebut di sebuah klinik di Petaling Jaya, Selangor.



“Perjalanan saya telah bermula. Saya membuang semua tatu,” tulis pelakon berusia 36 tahun itu.



Dia turut memuat naik video ketika melakukan proses yang dinamakan pico laser itu dimana rawatan berkenaan tidak menyakitkan dan lebih selamat untuk digunakan.

Antara Proses Rawatan :

https://youtu.be/yDVrmHsTV8E

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu juga sering berkongsi gambar memperlihatkan lukisan tatu badannya di laman media sosial.



Terima kasih Keith Foo!



Keith dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo.



SUMBER : Keith Foo

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express