"Mohon Kerja Tapi Tak Pernah Berjaya,.." - Lelaki Nekad Jadi Penggali Kubur Berijazah

Setiap individu mempunyai impian bagi mendapatkan pekerjaan yang bergaji besar, namun bertuah sekiranya dapat mencapai hasrat tersebut.

Seperti diketahui, setiap manusia memiliki rezeki yang berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki lebih malah terdapat mereka yang bertungkus lumus dalam mencari pendapatan lebih.

Namun semua itu telah ditentukan oleh Allah SWT cuma apa yang perlu dilakukan adalah ikhtiar, berusaha dan berdoa.



Begitu dapat digambarkan dengan Mohamad Rashidi Maajis, apabila menimba pengalaman sebagai penggali kubur selepas tamat persekolahan setelah mengikut ajakan bapa saudaranya.

Sudah Banyak Kali Hantar Permohonan Kerja Namun Semuanya Tidak Berjaya

Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, dia melakukan tugas tersebut setiap kali mempunyai masa terluang ketika menuntut di universiti, namun kini ia sudah menjadi pekerjaan tetap selepas usaha mendapatkan pekerjaan tidak berhasil.

Ada Yang Persoalkan Keputusan Bekerja Sebagai Penggali Kubur Selepas Tamat Pengajian

“Memang ada yang mempersoalkan keputusan saya bekerja sebagai penggali kubur selepas tamat pengajian, tetapi saya tidak mahu ambil pusing kerana apa yang lebih penting, pekerjaan ini halal.



“Lagipun, ibu Sallamah Jamil, 61, banyak memberi sokongan begitu juga isteri Nor Jannah Hini Irwani Nazmi, 26. Jadi itu yang mendorong saya untuk terus melakukan pekerjaan ini,” katanya.

Turut Bantu Uruskan Jenazah Tiada Waris

Berkongsi pengalamannya, graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keusahawanan Komputer dari sebuah universiti swasta itu puas membantu waris menguruskan jenazah.

Selain itu dia jua bersyukur kerana pekerjaan berkenaan memberi peluang dirinya untuk sentiasa mengingati kematian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Pernah Alami Gangguan Ketika Lakukan Kerja Gali Kubur

“Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika melihat mata jenazah terbuka dan merenung saya selepas membuka kain yang menutup wajahnya.

“Insiden itu menyebabkan saya demam seminggu. Saya juga pernah terhidu bau wangi ketika menggali kubur selain mendengar orang memberi salam ketika sedang berseorangan.



Walau bagaimanapun, pengalaman itu langsung tidak melemahkan semangat sehingga terdetik niat untuk berhenti malah menjadikan apa yang berlaku itu sebagai iktibar.

Menurutnya, selagi ada kudrat dan diberi kesihatan yang sihat, dia akan terus melakukan pekerjaan itu dan berharap lebih ramai anak muda mengikut jejak langkahnya.

Tonton Video Penuh :

https://youtu.be/Uy6PD58rDc8

SUMBER : Harian Metro

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express