"Kak KM Meminta Org Ramai Jangan Hentamnya..." - Kerana Takut Ibunya Jatuh Sakit

Usahawan kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyedari ada gerakan dan kempen memboikot produknya disebabkan kontroversi tarian separuh bog el ketika majlis perkahwinan adiknya, Ahya Rosli, Sabtu lalu.

Liana bagaimanapun berharap perkara itu tidak berlarutan kerana apa yang berlaku di luar kawalan dan tidak menyangka kontroversi berkenaan menjadi isu hangat netizen.



“Gara-gara tarian penari separuh bog el itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun.

“Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak.

“Janganlah boikot-boikot. Kita sasa-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan,”.

Pada Sabtu lalu, tular rakaman video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari semasa majlis resepsi Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi.

Ahya Tidak Kisah Kecaman Netizen

Video yang dimuat naik Liana di Instastory menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, pengasas produk jamu ini berkata ibunya yang juga dramatis terkenal, Normah Damanhuri masih bersedih dengan kontroversi itu.

Dia turut meminta netizen menghentikan kata-kata cacian dan kecaman kepada ibunya itu.

Normah Damanhuri Sudah Membuat Permohonan Maaf Di Instagram



“Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut.

“Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi.

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu,” ujarnya.

Pada Isnin, Normah mewakili keluarga membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

Pelakon drama Misteri Wan Peah itu tidak menyangka penari tersebut akan mengenakan pakaian seksi dan mencolok mata sehingga menerima kecaman netizen.

Video :

https://youtu.be/JR4MPzU2WNg

KREDIT : Mstar Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express