"Ditanduk Lembu Ketika Bersiar Langsung...", - Keletah Wartawan Tv3 Ini Menghiburkan Penonton

Berita mengenai kemlngan jalan raya membabitkan haiwan ternakan di negara ini seperti masih tiada jalan penyelesaian. Walaupun sudah berulang kali dilaporkan, kejadian tetap berulang seolah-olah tiada tindakan dan penguatkuasaan dilakukan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di jalan-jalan kampung bahkan masih berleluasa di beberapa kawasan bandar dan pinggir bandar di sekitar Klang, Shah Alam, Sentul dan Kajang.

Persoalan yang timbul adalah sejauh mana pihak berkuasa berusaha menyelesaikan isu ini khususnya mengenai tindakan dan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap pemilik dan penternak yang membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran.



Berang dengan masalah yang tidak berkesudahan, sekumpulan penduduk yang telah hampir 20 tahun menghadapi masalah ini mengajukan aduan ke tv3 untuk mengetengahkan kembali isu lapuk ini.

Bertindak atas aduan yang diterima, krew aduan rakyat tv3 yang diketuai oleh Juliana Sharin telah turun padang bagi membuat coverage disamping meninjau tahap keseriusan isu yang berlarutan sekian lama itu.

Dalam mendapatkan angel terbaik bagi rancangan tersebut, beliau dilihat memberanikan diri untuk berada di hadapan sekawan lembu yang berkeliaran diatas jalan raya sambil mengulas panjang.



Barangkali berang kerana terlindung dari pandangan kamera, seekor lembu jantan lantas kedepan dan menanduk manja punggung Juliana. Mungkin lembu tersebut juga nak enterframe kata penonton yang meninggalkan komen apabila video tersebut tlar di media sosial.





Rata-rata penonton video tersebut jelas terhibur dengan adengan yang dipaparkan. Luar dari kebiasaan apabila rancangan rasmi untuk tontonan slot Buletin Utama ini tidak memotong situasi tak rasmi yang berlaku.



Walaupun agak merbhy sebenarnya namun tindakan lembu jantan yang menanduk Juliana dilihat tidak berniat untuk mencderakannya, malah ia dilihat amat menghiburkan apabila tontonan tersebut diulang tayang beberapa kali oleh penonton.

Jom Saksikan :

https://youtu.be/AytduQGq8aQ

SUMBER : Lubok Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express