Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rom Dan Tun M Jelaskan Puncanya Ada Pihak Mengheret Raja-Raja Melayu Menentang Kerajaan

Kabinet, hari ini, memutuskan Malaysia menarik diri dari menerima perakuan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat berikutan salah faham banyak pihak berkaitan perjanjian antarabangsa berkenaan.

Selain itu, beliau menegaskan, cubaan pihak tertentu mengheret institusi Raja-raja Melayu menyebabkan Jemaah Menteri membuat pendirian itu.

"Tarik Diri Sebab Ada Usaha Heret Raja-Raja Melayu Menentang Kerajaan"

“ Kita membuat keputusan ini kerana ada usaha untuk mengheret Raja-raja Melayu menentang kerajaan khususnya Perdana Menteri sedangkan ramai yang keliru dengan kandungan Status Rom.

“ Bukan kerana Statut Rom akan rosakkan negara tetapi disebabkan suasana politik kita yang mana rakyat mudah salah faham dan menganggap kerajaan menandatangani surat cara itu untuk kepentingan diri sendiri,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sidang media di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mahu tiada lagi pihak yang mempolitikkan isu Statut Rom selepas kerajaan membuat keputusan itu.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memelihara kedaulatan Malaysia dengan mengamalkan undang-undang negara tanpa campur tangan pihak asing.

Wisma Putra dalam kenyataan pada 5 Mac lalu berkata, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac dan surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.

ICC Ditubuhkan Pada 2002, Dan Ditadbir Mengikut Statut Rom

ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jen4yah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Antaranya adalah membabitkan pembun0han beramai-ramai, jenayah per ang serta jen ayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Banyak pihak termasuk Raja-raja Melayu menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan itu dan meminta kerajaan menarik balik persetujuan penyertaan perjanjian antarabangsa terbabit.

Terdahulu Sultan Johor Titah Statut Rom Bercanggah Dengan Perlembagaan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom dan meratifikasi ICERD adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, tindakan tersebut menyentuh kuasa Raja-Raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam di negara ini, memetik laporan Sinar Harian.

“ Kerajaan haruslah ingat tentang kontrak sosial dalam sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dahulu di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh dan dikurangkan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dewan Singgahsana Istana Besar, Johor Bahru, di sini.

Sultan Ibrahim bertitah pihaknya juga mahu mengingatkan kepada kerajaan supaya tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan dari luar.

“ Akhirnya nanti ia hanya akan memusnahkan kedaulatan negara dan menggugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” titahnya.

SUMBER : Harian Metro

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express