Beliau yang baru pulang dari Vietnam terus datang ke Gua Tempurung untuk membantu sama2 mencari Acap.
Semasa live yang dijalankan semalam terdapat 3 versi berlainan kerana disebabkan masalah broadcasting, kemungkinan besar disebabkan line telco yang tidak mengizinkan.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah keberanian beliau memasuki hutan secara berseorangan dalam usaha mencari Acap.
Persediaan yang dilakukan hanyalah dengan menyusuri laluan yang digunakan peserta pada petang sebelum siaran live dilakukan pada sebelah malam.
Rata-rata netizen yang menikuti live beliau tidak putus-putus berdoa agar Acap dapat ditemui. Dikhabarkan maklumat awal diperolehi daripada team SAR yang membantu sebelum ini. Maklumat ini lah yang digunakan semasa melakukan pencarian.
Apa yang menarik perhatian semasa sedang live, Solo Ambush telah menemui sebuah rumah kosong di dalam hutan. Dengan berani beliau memberi salam dan masuk ke dalam rumah tersebut.
Beliau juga menyeru dengan berani supaya acap dilepaskan sekiranya acap dia alam lain, atau pun Acap cedera.
Saksikan Sedutan Video Di Bawah :
https://youtu.be/yJtAvGtuKiE
Apa pendapat anda selepas melihat video ini? Rumah siapa agak-agaknya? Dan Siapa Sebenarnya Solo Ambush? Saya mendoakan semoga Acap berjaya dijumpai dalam keadaan apa sahaja sekalipun kerana tidak sanggup melihat kesedihan seorang ibu.
Meskipun apa yang dilakukan oleh lelaki ini sememangnya sangat berani dan bukan calang-calang orang yang sanggup melakukan perkara sedemikian, namun admin memilih untuk menasihati lelaki ini supaya tidak mengambil tindakan sendiri.
Mungkin lelaki ini mempunyai pengalaman, kepakaran dan tahu selok belok dalam hutan namun keselamatan diri adalah perkara paling utama. Sekurang-kurangnya beliau membawa rakan bersama bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Sesiapa yang berminat nak tonton video live semalam boleh follow fb beliau dia sini Solo Ambush.
SUMBER : Media Viral
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express