Nenek Terpaksa Berniaga Tepi Jalan Akibat Kedai Dirobohkan, Buah Pula Dicuri Sebab Tak Larat Bawa Pulang

Tidak cukup memerah keringat sewaktu usia muda, kini warga emas ini terpaksa mencari sesuap nasi bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Menerusi laman sosial Twitter, Fifi berkongsi sebuah posting mengenai seorang wanita berusia lingkungan 70-an tertidur ketika menunggu pelanggan datang ke gerainya.



“Korang kalau lalu Marang tu (area Pulau Kerengga), pergi lah cari gerai buah nenek ni.

“Kesian sangat dia, tadi lalu nampak nenek ni tertidur dekat meja dia tunggu pelanggan,” tulisnya.

Gadis itu memuat naik empat keping gambar yang kelihatan warga emas tersebut menjual buah-buahan seperti tembikai, tembikai susu dan buah naga.





Lebih menyedihkan apabila wanita itu terpaksa meninggalkan barang jualan tanpa membawa pulang ke rumah kerana tidak mampu untuk mengangkatnya.

Sampai Buah Kena Curi



Jalan Pun Banyak Kali Terjatuh



Tambah Fifi, bagi individu serta penduduk di sekitar Marang, Terengganu yang ingin membantu warga emas berkenaan boleh singgah ke gerai buah-buahan itu berdekatan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang.



Posting tersebut menjadi tular sehingga diulang kicau lebih 13,000 kali dan 5,700 tanda suka serta komen yang rata-rata tersentuh hati melihat keadaan wanita itu.

Patutnya Usia Macam Ni Rehat



Ya Allah Kesian Aku Tengok!



Kalau Dekat Dah Lama Beli



Namun ada juga yang berhasrat ingin singgah menjadi pelanggan sekiranya mereka melalui kawasan Marang untuk membeli buah-buahan berkenaan.

Pergi Nanti Nak Singgahlah



SUMBER : Fifi

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express