“Ni Rumah Pakcik Ke Rumah Allah?..” – Wanita Bengang Sikap Pakcik Halau Jemaah Keluar Masjid Nak Cepat-Cepat Tutup Pagar Tengok Cerita Nur Kot

Korang pernah tak ada pengalaman apabila habis je solat Isyak, terus kena cepat-cepat keluar masjid sebab pakcik yang jaga masjid tu nak kunci pintu pagar on time?

Baru-baru ni, seorang wanita kongsi pengalamannya alami situasi yang sama apabila terpaksa keluar secepat mungkin daripada masjid sebaik habis solat Isyak gara-gara seorang pakcik ingin menutup pagar ‘Rumah Allah’ itu secepat yang mungkin.

“Tak Pernah Seumur Hidup Aku Rasa Nak Maki Orang Tua But This Pakcik Tua Deserve It”

Menerusi perkongsian wanita bernama Khairunnisa di Twitter, apa yang membuatkan dia bengang gila dengan pakcik tu ialah ketika dia sedang solat, lelaki tersebut sudah pun tutup kipas dengan lampu dengan tiba-tiba.

Tak cukup dengan tu, baru je dia beri salam, terus si Khairunnisa ni kena sound suruh cepat sikit bersiap sebab dia nak tutup pintu dah. Uish pakcik ni rush-rush nak ke mana eh?





“Nak Solat Jangalah Menyusahkan Orang!”



“Sebab Orang-Orang Macam Kau Lah, Anak-Anak Muda Tak Mengimarahkan Masjid”



“Ni Mesti Spesis AJK Masjid Tu Dia Punya”

Rata-rata netizen yang membaca luahan ini pun sama-sama rasa sakit hati dengan pengadu. Bab solat ni kalau orang ganggu kekushukan kita, memang kita akan marah.

Tapi ramai juga yang cuba husnudzon, mungkin lelaki terbabit rushing nak buat sesuatu kot. Macam contoh nak tengok Anugerah Meletop Era semalam ke… nak tengok drama Nur 2 ke… haa agitu!





Tak sangka admin masih wujud lagi golongan AJK surau atau masjid yang berperangai macam ni. Harap mereka berubahlah demi kebaikan masyarakat.

SUMBER : Lobakmerah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express