"Dilabel Penunggang Agama Oleh Sesetengah Netizen Apabila Beliau Berusaha Untuk Mencari Acab..." - Ustaz Norazri Medzlan Luah Rasa

Satu Malaysia sudah tahu berkenaan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu Mohammad Ashraf Hassan (Acap) yang hilang sejak 23 Mac sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

Pelbagai usaha telah dilakukan dan ia melibatkan semua orang dan ini termasuk orang awam.

Hari ini (Jumaat) Solat Jumaat telah diadakan di seluruh masjid di dalam negeri Perak untuk mendoakan usaha pencarian acab dipermudahkan.



Hampir 1,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) bagi memohon petunjuk supaya dipertemukan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang semasa perlumbaan itu sejak 23 Mac lalu.

Solat hajat yang turut diadakan serentak di seluruh masjid negeri ini, dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Muhammad Ali Mohamad Noh selepas menunaikan solat Jumaat.

Sewaktu memimpin bacaan doa, Muhammad Ali memohon supaya Mohammad Ashraf diberikan kesihatan yang baik selain dipermudahkan pencariannya.

Dilabel Penunggang Agama



Ustaz Norazri Medzlan adalah pengamal perubatan islam di Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur telah turun ke Gopeng untuk mencari Acab.

Kisah ustaz ini ditularkan di media sosial sehinggakan beliau terpaksa memadamkan posting posting tersebut kerana takut netizen salah sangka.



Yang paling menyedihkan apabila ada yang melabel beliau sebagai penunggang agama dan ini diluahkan oleh ustaz sendiri di dalam laman rasmi Facebook beliau.

“Cari orang hilang pun di kata penunggang agama. Masyarakat – masyarakat. “Kalau Tak Boleh Jadi Garam, Jangan Jadi Lalat” Tak tahu maksudnya tanya pak cik goggle.”

Norazri Medzlan

Sebelum itu Ustaz Norazri telah memuat naik satu posting bergambar tentang acab.

Bila sampai dikawasan dimana saudara Muhammad Asyraf hilang, dalam hati mustahil ia boleh sesat. Ia bukan hutan yang sangat tebal. Tengok laluan trek sangat luas. Mudah utk cari jalan bagi kali pertama masuk ke kawasan tersebut.

Walaupun hijab saya tertutup rapat, tapi saya dapat rasa kawasan ni bukan biasa2 punya tempat. Saya cuba untuk mencari penghulu kawasan ni untuk berinteraksi, tapi tidak dapat hanya rakyat bunian biasa. Mereka mengatakan tidak nampak bangsa kita (manusia) di alam beliau.

Saya tak pasti sama ada beliau tipu atau tidak. Cuma mereka bagi tahu 13 hari masa kita (alam manusia) tapi tempat beliau (bunian)baru berapa jam. Hati saya kuat mengatakan Asyraf skg lemah dan buntu utk mencari jalan keluar. Kemana beliau? Allah sahaja maha mengatahui apa yang berlaku. Teruskan sedekahkan Surah Al-Fatihah pada roh dan jasad beliau.



Rata rata ramai yang kecewa bila ada netizen yang melabel kan ustaz ini sebagai penunggang agama. Terang terang mereka tidak mengenali siapa ustaz Norazri Medzlan ini.

Ramai yang memberi kata kata semangat kepada Ustaz ini supaya tidak berputus asa dan pekakkan telinga dari komen komen yang tidak membawa apa apa manafaat.

Allah SWT sahaja yang tahu niat sebenar kita. Kita berdoa agar pencarian acab dapat berakhir dengan penemuan acab.

SUMBER : Awattt Syeikhh

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express