PU Amin Beri Teguran Pedas Kepada Sharifah Sakinah Kerana Parodi Pakai Tudung Lampin

Terdahulu status Sharifah Sakinah di Instagram beliau yang memuat naik gambar sambil memakai lampin pakai buang atas kepala beliau mengundang reaksi pelbagai dari kalangan netizen dan selebriti.

Berikut Status Yang Dimuatnaik Sahrifah Sakinah :

” Sesuai untuk yang kepala berpeluh . Sangat bagus kalau nak workout. Terus meresap ke anak tudung Asalkan tutup sis. Fashion tudung sekarangkan macam macam . #hijabfit memPerkenalkan D’INNERZ serap serap takdalah menyirap”



Selain mendapat kecaman netizen dan pengikut beliau sendiri, seorang pendakwah terkenal juga turut menegur perbuatan Sharifah Sakinah itu.

PU Amin Tegur Sharifah Sakinah

Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin menegur tindakan ibu yang menggunakan lampin pakai buang menggantikan tudung di kepala anak-anak.

PU Amin berpendapat meskipun ia hanyalah gurauan atau berunsur parodi, namun ia bertentangan dengan adab menghormati anggota tubuh badan.

” Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam islam, menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

” Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka, namun saya sedih ada ibu-ibu sanggup pakaikan anak-anak mereka dengan lampin di kepala semata-mata menjadikan ia sebagai bahan lawak.

” Maafkan saya… kepada ibu-ibu hentikan memakaikan lampin di atas kepala anak-anak anda yang mulia. Hormatilah kepala tempat sujud. Hormatilah kepala tempat istimewa,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik foto di Instagram dengan penampilan mengenakan lampin di kepala.

Ia mula menjadi ikutan pengikut dan ramai mengambil kesempatan menjadikan ia sebagai parodi.

Bertentangan Dengan Akhlak Seorang Muslim

Sementara itu, PU Amin berkata tegurannya itu adalah kerana bertentangan dengan akhlak seorang Muslim dan mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat.

” Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti, tak tegur besar kesannya pada generasi akan datang. Mengeluh panjang melihat sesuatu seperti ini dilakukan.

” Lampin adalah tempat buang najis, namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak, ini tidak kena dengan akhlak Islam. Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik. Tidak zalim dengan diri kita.

” Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan, ditunjal, ditolak, tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala? Allahu aneh!,” ujarnya.

Gara-gara teguran tersebut, Sakinah turut meninggalkan komen dan meminta pendakwah tersebut menghubunginya secara peribadi di laman tersebut.

SUMBER : Mstar Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express