Sambung Belajar Lagi, Boy Iman Buat Ramai Keliru! - “Dah Ada PhD, Tiba2 Turun Masters?”

Tahun lalu, pelakon Boy Iman berkongsi gambar kad pelajar sebuah universiti tempatan di laman media sosial memberitahu kepada semua bahawa dia sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Namun pihak universiti tersebut memberikan kenyataan dengan menafikan kewujudan ‘Dato Dr Norul Iman’ menjadi salah seorang pelajar di institusi mereka.



Terbaharu, pelakon filem Blok 404 itu sekali lagi memuat naik gambar kad pelajar di laman sosial Instagram miliknya yang kelihatan mengambil ‘Masters’ dalam jurusan pentadbiran perniagaan.



Menerusi posting itu juga, dia berazam untuk menuntut ilmu dengan sebaiknya dan memohon doa orang ramai agar dirinya berjaya menamatkan pengajian walaupun mempunyai komitmen terhadap tugas lain.



Posting tersebut menerima pelbagai komen netizen dimana ramai keliru bagaimana seorang individu yang kononnya memiliki Doktor Falsafah boleh melakukan ‘u-turn’ bagi mengambil peringkat ‘Masters’.



Kenapa Ada PhD Turun Ke Masters?



Prof Aku Ada Dato Pun ID Kad Nama Biasa Je!



Walau bagaimanapun berdasarkan kad pelajar itu, difahamkan Boy Iman mengambil Eksekutif Master dan bukannya ‘Masters’ dimana kursus tersebut ditawarkan bagi individu yang sudah bekerja namun ingin menambah ilmu pengetahuan.

SUMBER : Boy Iman

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express