Pelbagai spekulasi telah dikaitkan dengan kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan daerah Muar ini. Ada antaranya telah mengaitkan dengan unsur mistik seperti alam bunian. Pengamal-pengamal perubatan alternatif juga turut membantu dalam operasi pencarian Acap dan memberitahu bahawa berkemungkinan mangsa disembunyikan ke alam lain.
Tak Habis Lagi Ke Pasal Jin & Bunian?
Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook milik Auni Ameera, dia seakan menafikan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail ini degan unsur mistik. Pemilik akaun itu juga seakan menegaskan punca seseorang itu sesat bukanlah disebabkan oleh jin atau disorok bunian.
Menurutnya, seseorang itu akan masuk lebih jauh ke dalam hutan kerana berasa panik dan ketakutan disebabkan sesat telah mengawal diri mereka. Auni turut mempersoalkan mengapa hanya orang Melayu sahaja yang mempercayai kehilangan seseorang di dalam hutan ada kaitan dengan unsur mistik dan mengapa orang luar tidak sesat.
Dalam Al-Quran Pun Ada Sebut Alam Ghaib
Dia juga mendakwa bahawa kurangnya ilmu hutan dalam diri masyarakat kita berbanding orang luar seperti di Eropah juga adalah salah satu punca mereka sesat dan tidak dijumpai.
Pendapat Auni Ameera itu telah tular dan mendapat kecaman daripada netizen. Ada juga yang mengakui kebenaran kata-kata tulisan Auni, namun wanita itu seharusnya sedar bahawa wujudnya jin dan alam lain dalam kehidupan sekeliling kita.

Guna Konsep Romen?

Ada Logik Jugak. Tapi

SUMBER : Auni Ameera
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express