“Tengah Ambil Wuduk Hujung Sungai Tu,” Lelaki Kongsi Gambar Miliknya, Buktikan Yang ‘Dunia Lain’ Itu Wujud

Niatnya cuma satu, hanya untuk membuktikan kehadiran makhluk lain, selain apa yang dapat kita lihat secara mata kasar di muka bumi ini.

Rentetan kehilangan Asyraf, salah seorang peserta Gopeng Ultra Rail sejak dua minggu lalu dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik di kawasan kehilangannya, Bukit Putih dan Gua Tempurung.

Individu menggunakan nama Facebook, Shapek Sang Kai berkongsi gambar yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang melihatnya. Gambar yang didakwa masyarakat bunian itu kelihatan berkumpul di kaki air terjun di sebuah tempat yang tak didedahkan namanya.

Susulan kes kehilangan acap. Ramai yg tak percaya dan menolak pasal “dunia lain”. Nie aku share skit gambar pernah diambil tahun 2015 lau tak silap. Lokasi dirahsiakan sebab taknak menakotkan orang lain.

Mse tu kami berempat je kat sini. Takde orang lain. Bila balik umah tengok gambar baru perasan. Seolah ade orang lain tengah ambil wuduk di hujung sungai tu.

#Kuasaallah

*Aku Share Sebab Ramai Orang Tak Tau, “Mereka” itu ada sbenarnya.





*Gambar takde edit2. Aku tak suruh korang percaya. Aku cume share ape pernah aku lalui.

*Gambar nie saya tak boleh pastikan tarikh sebenar dia. Lebih kurang tahun 2015. Atau mungkin 2014. Gambar nie dah lame simpan dalam Samsung tab isteri, tab tu plak jarang2 on. Pakai mase enset personal rosak. So tadi saya on untuk Bluetooth kat enset personal.

Tak tau tarikh tu keluar sebab data dia dah rosak atau memang tu tarikh ditangkap gambar tu. Saya share gambar nie sebab agak marah dengan komen2 negatif tentang kehilangan acap tu. Ramai yang tak percaya masih wujudnya “alam lain”.

Jadi saya tunjukkan ape yang pernah saya lalui dan gambar nie diambil HANYA KAMI BEREMPAT sahaja di kawasan berkenaan. Waktu dari asar ke senja(dah lupa). Jelas tak penjelasan nie.

SUMBER : Shapek Sang Kai

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express