"Kaki Terhempap Almari,.." - Syahrini Ke Klinik Naik Jet Peribadi

Selebriti popular Syahrini semalam ditimpa malang apabila kaki kirinya dihempap sebuah almari dalam kejadian yang berlaku di rumahnya.

Akibatnya, kaki penyanyi yang juga mesra disapa sebagai Inces itu mengalami kecederaan namun ia hanyalah ceder4 ringan.



 










View this post on Instagram



















 

• Because, We Gained 4kg, So We Look Stuffy ! _______\\\_______ #PrincesSyahrini #WhenInLuzern #Switzerland


A post shared by Syahrini (@princessyahrini) on






Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan netizen negaranya ialah momen ketika isteri kepada ahli perniagaan Reino Barack itu pergi mendapatkan rawatan.

Dalam sebuah video pendek yang dimuat naiknya menerusi aplikasi Insta Story, Syahrini dilihat sedang duduk di sebuah kerusi dipercayai kerusi seperti dalam pesawat.



Syahrini berkongsi keadaan kakinya yang cedera dihempap almari menerusi Insta Story.

Dia juga sempat merakamkan suasan di luar pesawat tersebut melalui tingkap.

Pada video tersebut Syahrini menulis, kakinya bengkak selepas terhempap almari koleksi pewangi milik suaminya.

Katanya lagi, dia dalam perjalanan ke klinik dan meminta pengikutnya mendoakan agar dia cepat sembut.

Menaiki jet peribadi bukanlah sesuatu yang asing bagi Syahrini, bahkan dia merupakan antara artis seberang yang diketahui sering menjalani hidup serba mewah.




Walaupun dalam keadaan sakit, dia tetap tidak lupa menunaikan tanggungjawab dan haknya sebagai warganegara Indonesia pergi mengundi pemimpin baharu pada Pemilu 2019.

[VIDEO] Siapa Syahrini Ni Sehinggakan Paris Hilton Berikan Komen Tahniah Di Hari Perkahwinannya

Selepas heboh media Indonesia yang membuat liputan mengenai majlis pernikahan penyanyi Syahrini bersama Reino Barack yang cukup eksklusif di Tokyo, Jepun, mata peminat turut tertumpu kepada penampilan penyanyi wanita berkenaan.

Syahrini yang sinonim dengan gaya anggun dan eksklusif, tentunya mengenakan persalinan yang bukan biasa-biasa rekaannya, apatah lagi pada hari yang cukup bermakna di dalam hidupnya.

Saat menerima lamaran si suami, penyanyi lagu seperti itu? Mengenakan baju kebaya moden ilham Danny Satriadi yang cukup menawan, lengkap dengan detailing angsa yang di bahagian belakangnya.

Pereka yang sedia dikenali mempunyai hubungan baik dengan Syahrini turut melengkapi rekaan dengan belt serta perincian yang direka seakan-akan betuk berlian.

Sungguh kebaya dalam rona pastel merah jambu itu tampak elegan, sebagaimana beberapa foto yang dikongsikan pereka berkenaan menerusi Instagramnya.













"Congratulations Beautiful!” – Ucapan Paris Hilton Buat Syahrini



Selebriti ternama dunia, Paris Hilton tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack di Jepun minggu lalu.

“Congratulations beautiful!!!” itu komen yang ditulis Paris Hilton seraya menyematkan tanda cinta dalam ruangan komen di laman Instagram princessyahrini.

Persahabatan yang terjalin antara Syahrini dan Paris Hilton sememangnya bukan rahsia lagi.

Kedua-dua mereka juga pernah bercuti bersama di pulau peranginan Bali, Indonesia.



 










View this post on Instagram



















 

• Bismillah Aku Menerima Lamaranmu 💍 @reinobarack ______\\\______ #PrincesSyahrini #Syahreino #EnergyOfAkad #Restu


A post shared by Syahrini (@princessyahrini) on






Selain Paris Hilton, ramai rakan artis Indonesia turut berkongsi kegembiraan pernikahan Syahrini dan Reino.

Pada Ahad, Syahrini buat pertama kali berkongsi foto pernikahannya dengan Reino selepas pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 27 Februari di Masjid Tokyo Camii, Jepun.

https://youtu.be/kRhU4H1ZkjQ

SUMBER : Mhe Tv

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express