“Terima Kasih!” – Kerana Seorang Wanita Kegiatan Rasuah 30 Pegawai JPJ Terbongkar?

Pada minggu lalu, 30 individu termasuk 24 pegawai penguat kuasa jalan raya (JPJ) Pulai Pinang telah ditahan dan dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan mengambil rasuah.

Setakat ini, 3 peringkat tangkapan dibuat dan lebih 50 pegawai JPJ ditahan sejak 17 April lepas. Lebih 100 orang telah disoal siasat, termasuk 75 daripada 139 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.

JPJ Tumpas Selepas Bekas Isteri Bocorkan Rahsia



Namun, kegiatan tidak bermoral ini dapat dikesan apabila seorang bekas isteri kepada salah seorang suspek membongkarkan sindiket yang menawarkan perlindungan kepada pemandu lori kerana berang diceraikan oleh suaminya.

Wanita tersebut menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan rekod urus niaga sindiket selepas  suaminya menzahirkan hasratnya untuk meninggalkan wanita terbabit kerana mempunyai perempuan lain.

JPJ Wujudkan Sindiket Haram Dan Terima Rasuah



Sumber SPRM sebelum ini berkata, suspek menerima rasuah bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 daripada pemandu lori dan firma pengangkutan sebagai wang perlindungan untuk melanggar peraturan pengangkutan jalan raya.

Pelekat khas dilekatkan pada lori bagi mengelakkan daripada ditahan pegawai JPJ. Sindiket haram berkenaan dinamakan ‘Tonto’ yang merujuk kepada orang tengah atau pemberi maklumat berbayar dalam dunia jenayah.

Melalui sindiket ‘Tonto’ ini juga, pegawai JPJ akan terlebih dahulu memaklumkan dan memberi amaran kepada pemandu lori mengenai sekatan jalan raya.

Bekas Isteri Balas Dendam Kerana Tak Dapat Duit Nafkah



Menurut sumber yang memberitahu tentang pemberi maklumat itu, hampir kesemua pegawai JPJ Pulau Pinang tahu tentang masalah yang dihadapi bekas isteri salah seorang suspek terbabit. Malah, berita penceraian mereka pada bulan lepas menjadi topik perbualan ramai.

“Wanita itu meminta sejumlah wang sebagai satu bentuk bayaran nafkah, tetapi lelaki itu enggan memberi satu sen pun walaupun memperoleh banyak wang daripada sindiket berkenaan.”

Ekoran kegagalan dalam usaha mereka untuk berdamai, wanita tersebut tampil berani mendedahkan kegiatan haram bekas suaminya.

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express