Trauma Kereta Ditimpa, Lelaki Ini Ingin Lesen Pemandu Myvi ‘Terbang’ Ditarik Balik - “Saya Inginkan Keadilan!”

Baru-baru ini, beberapa negeri di Malaysia kerap dilanda hujan lebat serta angin ribut yang kuat sehingga berlakunya banyak kerosakan dan kemalangan di jalan raya.

Keadaan jalan raya yang licin dan berkabus ketika hujan menjadikan penglihatan pemandu terbatas. Pemandu sepatutnya lebih peka dan memandu secara selamat dalam keadaan sebegini.

Namun, tular baru-baru ini apabila sebuah kereta Myvi ‘terbang’ dan terhempas di atas kereta lain apabila pemandu kereta Myvi berkenaan memecut di simpang tiga di atas jalan raya yang basah.

Kereta ‘Terbang’ Selepas Hilang Kawalan Kerana Jalan Licin

https://youtu.be/d7J-CVMmcpA

Kemalangan yang berlaku di hadapan pejabat GSC berhampiran Atria Mall, Petaling Jaya itu telah dikongsi lebih 3 ribu pengguna di Facebook.

Menurut laporan daripada saksi kemalangan tersebut, kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang warga emas berusia 72 tahun yang menetap di kawasan berdekatan dengan lokasi kejadian.

Kereta Tiba2 Laju, ‘Mendarat’ Atas Kereta Lain



Menerusi rakaman video papan pemuka (dashboard) kenderaan terbabit, kenderaan itu mula laju setelah melepasi lampu isyarat dan hilang kawalan di simpang tiga.

Kereta Myvi berkenaan kemudiannya ‘terbang’ dan mendarat di atas sebuah kereta Toyota Camry yang meletakkan kenderaan di kawasan Atria Mall.

Pemilik Toyota Camry Inginkan Keadilan



Pemilik Toyota Camry yang turut menjadi mangsa dalam kes ini meluahkan rasa kecewa dan ingin lesen pemandu yang cuai berkenaan ditarik balik.

Netizen Mula ‘Membahan’ Pemandu Myvi



Netizen menzahirkan rasa terkejut atas insiden yang berlaku, namun ramai yang ‘membahan’ mengenai kemalangan tersebut kerana melibatkan kereta Myvi yang sering dihubungkaitkan dengan pemandu yang tidak berhemah.

Myvi Terbaik



Sokonglah Produk Malaysia



Polis Patut Guna Myvi



SUMBER : Says

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express