Setiap kali episod Nur 2 ditayangkan, pasti membuatkan para penonton diruntun dengan pelbagai emosi, ada yang sedih, marah, kecewa dan malah kelakar.
Dalam Nur 2, pelbagai lagi watak baru yang ditampilkan bagi menambahkan lagi impak dramatis dalam drama tersebut, tidak kiralah watak utama atau samping, setiap karakter memainkan peranan yang penting.
Siti Kasim Pun Ada?
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah menerusi episod lepas, terdapat satu watak pelacur yang dilakonkan oleh seorang wanita yang agak berusia.
Dengan tubuh yang sedikit gempal dan mengenakan rambut palsu berwarna blonde, ramai pula yang menyamakan penampilan watak tersebut seakan sama dengan peguam sensasi, Siti Kasim.
Namanya Kak Bunga
Sekali pandang memang hampir serupa, tetapi watak tersebut sebenarnya dilakonkan oleh salah seorang kru produksi yang merupakan pembantu wardrobe, dimana tugasnya menguruskan pakaian yang perlu dipakai oleh pelakon.



Mati2 Aku Ingat Siti Kasim Berlakon
Rata-rata netizen yang menontonnya ramai terkeliru, kerana pada mulanya menyangka watak pelacur tersebut adalah Siti Kasim berdasarkan penampilan yang sangat serupa.

Dengan Siti Kasim Pun Jadilahh


SUMBER : Azhan Rani
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express